Friday 15 June 2012

Kedudukan yang menyebab perlanggaran


2)  KEDUDUKAN-KEDUDUKAN YANG MENYEBABKAN PERLANGGARAN ANTARA DUA    
     BUAH KENDERAAN

i. Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan

• Gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul
  (mengekori terlalu rapat)
• Gagal melihat ke hadapan (isyarat kenderaan di hadapan dsb)

ii. Pelanggaran dengan kenderaan di belakang

• Tidak melihat cermin pandang belakang (harus dilihat setiap 5 saat).
• Tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori
  terlalu hampir (peraturan jarak yang selamatdiamalkan ialah Peraturan Empat Saat).
• Gagal memberi isyarat lampu dalam tempoh masa yang mencukupi
  (harus diberi dalam masa sekurang-kurangnya 3 saatsebelum mengubah haluan).

iii. Pelanggaran ketika memotong

• Tidak bijak membuat keputusan (seperti 'perlukah memotong?')
• Gagal mangamalkan peraturan memotong (gagal melihat sekurang-kurangnya dalam
  jarak 100 meter/12 saat ke hadapan)
• Gagal memeriksa kawasan 'blind spot'

iv. Pelanggaran ketika dipotong

• Gagal mematuhi peraturan/disiplin menggunakan lorong (pemandu tidak ikut kiri jalan)
• Tidak melihat cermin pandang belakang (ia juga cuba memotong)
• Tidak bekerjasama (melajukan kenderaan apabila ada kenderaan lain cuba memotong)

v.  Pelanggaran dari sebelah tepi/di persimpangan jalan

• Tidak merancang perjalanan (pemandu kurang pasti arah haluannya).
• Gagal memberi isyarat.
• Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan
 'intersection rules'
.
vi.  Pelanggaran dengan kenderaan dengan kenderaan dari arah hadapan

• Gagal melihat sekurang-kurangnya dalam jarak 100 meter/12 saat ke hadapan
• Tidak faham 'peraturan mengelak dari arah hadapan'.
• Tidak bekerjasama (tidak mahu mengalah dengan bergerak ke kiri semula)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...