Monday, 6 August 2012

Minggu lepas meeting dengan bahagian pengurusan operasi.  Dalam usaha memberi perkhidmatan atau service yang mantap, saya selalu peka dan sentiasa mencari formula utk perkhidmatan yg efisen ini.

Well, sy kurang jelas bagaimana atau cara mana staf-staf dibawah saya memahami perubahan yang ingin saya lakukan...tetapi sy tahu mereka berusaha.  Saya akan 'kejut' kan mereka, sy tahu sebelum nih mereka agak2 cam 'sleeping beauty' NOW is time to woke up, smiling, working beauty!  WE can do it...there is a miracle when you believe....

sy mempunyai impian untuk mencapai pencapaian yang terbaik dengan cara yang bergaya.  'bergaya' maksud saya thinking, planning smart!


Thursday, 5 July 2012

Ujian undang-undang komputer

ujian undang-undang  klik disini

anda boleh download ujian undang-undang komputer, sila pastikan anda mempunyai WINRAR untuk extract file dan klik KPPTest atau anda boleh beli CD dari kami.  Selamat mencuba

Friday, 15 June 2012

Peraturan

5) PERATURAN

i. Peraturan jarak

(a) Penggunaan peraturan 2 saat – apabila mengekori kenderaan di hadapan dalam
    keadaan biasa/terkawal.

(b) Penggunaan peraturan 4 saat – jarak selamat mengekori kenderaan pada mana-mana
    kelajuan apabila berada dalam keadaan-keadaan berikut :

    (i)  Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat.
    (ii) Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di hadapannya.
    (iii)Semasa menarik 'towing'.
    (iv) Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir.

(c) Penggunaan peraturan 12 saat – membolehkan pemandu memerhati lalu lintas dari
    mana-mana arah di dalam masa sesuaiuntuk menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan;
    jarak selamat yang diperlukan untuk memotong.

(d) Bagaimana peraturan-peraturan itu digunakan:

    (i) Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah lebih kurang sama dengan kelajuan kenderaan yang diekori.
    (ii)Satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan perlu dikenalpasti untik dijadikan panduan seperti
        tiang lampu/telefon,pokok, dsb.(iii)Tidak perlu melihat 'speedometer' untuk menentukan kelajuan.

ii. Peraturan memotong

(a) Diperlukan dalam keadaan-keadaan berikut:

    (i)  Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan.
    (ii) Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.
    (iii)Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

(b) 10 peraturan semasa memotong:

    (i)  Berada di belakang – mengekori dalam jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat.
    (ii) Periksa di hadapan – sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat
         pandangan jauh kehadapan. Setiap kali memotong, sukarang-kurangnya 10 saat diperlukan untuk
         melepasi kenderaan yang dipotong.
    (iii)Periksa di belakang – pastikan tiada kenderaan lain yang cuba memotong pada waktu yang sama.
         Lihat cermin pandangbelakang, cermin tepi, toleh sedikit ke belakang.
    (iv) Memberi isyarat ke kanan – isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang
         sama peraturan 12 saatterus diamalkan.
    (v)  Bergerak ke kanan – pastikan ruang cukup & jarak selamat sebelum bergerak.
    (vi) Melajukan kenderaan – patuhi had laju.
    (vii)Komunikasi – sebaik sahaja kenderaan melintas kawasan 'blindspot'
,        pemandu dinasihatkan supaya membunyikanhon/memberi isyarat dengan menggunakan lampu lintas
        'passing light' sebagai tanda komunikasi sedang memotong.
    (viii)Memberi isyarat ke kiri – isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang
         sama menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.
    (ix) Bergerak ke kiri – pastikan ruang cukup untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong.
         Kenderaan boleh bergerekke kiri sebaik sahaja pemandu dapat melihat hadapan kenderaan yang
         dipotong melalui cermin pandang belakang.
    (x)  Menyambung kelajuan – tentukan berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan
         2 saat bagi kenderaandi belakang dan peraturan 12 saat untuk pandangan ke hadapan.

iii. Peraturan mengelakkan kemalangan daripada hadapan

    (a) Melihat jalan di hadapan – dengan mengamalkan peraturan 12 saat, pemandu bukan sahaja melihat
        di sekeliling dan disepanjang jalan di hadapan, tetapi dalam masa yang sama juga dapat mengenal
        pasti pergerakan dan kedudukan kenderanyang datang daripada arah hadapan.
    (b) Bertindak dengan bergerak ke kiri
    (c) Mengurangkan kelajuan – pemandu juga dinasihatkan supaya membunyikan hon/menyalakan lampu
        sebagai amaran.
    (d) Memandu keluar daripada jalan raya

iv. Peraturan di persimpangan

   (a) Tahu arah – pemandu dilarang menukar haluan secara tiba-tiba apabila sudah sampai di simpang jalan
       kerana amalan ini akanmengganggu aliran lalulintas.
   (b) Perlahankan kenderaan di persimpangan – perlahankan kenderaan walaupun mempunyai'right of way'
   (c) Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat – pastikan berada di lorong betul dan isyarat
       lampu kenderaan disamping mengikut petunjuk arah panah dll.
   (d) Bergerak dengan berhati-hati

Halangan

4)  HALANGAN

Merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko atau
kemudaratan kepada pemandu.

i. Bentuk halangan

(a) Halangan berbentuk fizikal (persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi,
    lintasan pejalan kaki, kerja-kerja di tepi jalan, dsb)
(b) Halangan yang bergerak di jalan raya (pejalan kaki, kenderaan sedang bergerak, binatang, dsb)
(c) Halangan berbentuk semulajadi (angin kencang, panas terik, permukaan jalan licin, dsb)

ii. Pelan tindakan halangan

'The hazards action plan':
'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA

iii. Sistem kawalan kenderaan

(a) Cermin: Pandang cermin pandang belakang dan tepi untuk memastikan kenderaan lain,
    mungkin ada kereta mengekori terlaluhampir di belakang.
(b) Isyarat: Tunjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan reaksi pengguna jalan raya lain.
(c) Brek: Mula membrek mengikut keperluan keadaan. Elakkan membrek dengan tiba-tiba/mengejut.
(d) Gear: Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan.
(e) Kelajuan: Melajukan/memperlahankan kenderaan bergantung kepada jenis bahaya.




Keadaan yang menyebab kemalangan

3) KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

i. Pemandu

• Memandu dalam keadaan yang letih; fikiran dan emosi yang tertekan.
• Memandu selepas minum minuman keras atau di bawah pengaruh dadah.
• Tidak bijak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan
  yang berubah.
• Tidak menggunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan.
• Memotong di kawasan larangan.
• Jarang kerling cermin pandang belakang.
• Tidak patuh kepada tanda/isyarat jalan raya.

ii. Jalan

• Jalan rosak akibat daripada hujan, panas, minyak yang tumpah dsb
  (kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan;memandu laju di permukaan jalan raya
  yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar dan brek tidak dapat berfungsidengan
  sempurna – 'hydroplanning').

iii. Kenderaan

• Kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik.

iv. Cuaca

• Hujan lebat & kabus tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas;
  jalan menjadi licin.

v. Cahaya

• Cahaya berlebihan atau tidak mencukupi.
• Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika
  pemandu memandu dengan kelajuan 70 km/j jarak kereta tersebut bergerak ialah
  sejauh 140 meter. Oleh itu, sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi
  keadaantersebut.

vi. Lalulintas

• Kemalangan biasanya berlaku pada waktu yang sibuk seperti waktu pagi (7am – 8am),
  waktu tengahari (12pm – 1pm) danwaktu petang (4pm – 5pm).
• Faktor seperti kawasan berhampiran pusat beli-belah, kawasan kilang, kawasan sekolah,
  dsb juga memungkinkan kemalangan berlaku

Kedudukan yang menyebab perlanggaran


2)  KEDUDUKAN-KEDUDUKAN YANG MENYEBABKAN PERLANGGARAN ANTARA DUA    
     BUAH KENDERAAN

i. Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan

• Gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul
  (mengekori terlalu rapat)
• Gagal melihat ke hadapan (isyarat kenderaan di hadapan dsb)

ii. Pelanggaran dengan kenderaan di belakang

• Tidak melihat cermin pandang belakang (harus dilihat setiap 5 saat).
• Tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori
  terlalu hampir (peraturan jarak yang selamatdiamalkan ialah Peraturan Empat Saat).
• Gagal memberi isyarat lampu dalam tempoh masa yang mencukupi
  (harus diberi dalam masa sekurang-kurangnya 3 saatsebelum mengubah haluan).

iii. Pelanggaran ketika memotong

• Tidak bijak membuat keputusan (seperti 'perlukah memotong?')
• Gagal mangamalkan peraturan memotong (gagal melihat sekurang-kurangnya dalam
  jarak 100 meter/12 saat ke hadapan)
• Gagal memeriksa kawasan 'blind spot'

iv. Pelanggaran ketika dipotong

• Gagal mematuhi peraturan/disiplin menggunakan lorong (pemandu tidak ikut kiri jalan)
• Tidak melihat cermin pandang belakang (ia juga cuba memotong)
• Tidak bekerjasama (melajukan kenderaan apabila ada kenderaan lain cuba memotong)

v.  Pelanggaran dari sebelah tepi/di persimpangan jalan

• Tidak merancang perjalanan (pemandu kurang pasti arah haluannya).
• Gagal memberi isyarat.
• Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan
 'intersection rules'
.
vi.  Pelanggaran dengan kenderaan dengan kenderaan dari arah hadapan

• Gagal melihat sekurang-kurangnya dalam jarak 100 meter/12 saat ke hadapan
• Tidak faham 'peraturan mengelak dari arah hadapan'.
• Tidak bekerjasama (tidak mahu mengalah dengan bergerak ke kiri semula)


Konsep Pemanduan Berhemah

PEMANDUAN BERHEMAH

1)    KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

       i.     Definisi konsep pemanduan berhemat:

              (a)    Pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan dari berlaku kemalangan.
                      Meliputi:
                      •pengetahuan tentang peraturan lalulintas
                      •kemahiran yang tinggi dalam aspek pemanduan
                      •sikap yang betul ketika memandu

              (b)    Duanne R. Johnson: Pemandu SENTIASA bersedia menghadapi keadaan halangan 
                      yang disebabkan oleh pemandu lain atau keadaan jalan raya melalui teknik
                       'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA

       ii.    Langkah mencegah berlakunya kemalangan: 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA

       iii.    Merancang perjalanan
         
              (a)masa perjalanan
              (b)keadaan mental & fizikal
              (c)keadaan kenderaan 'pre-driving check'
              (d)tempat berhenti rehat
              (e)barang keperluan untuk perjalanan

        iv.    Pemanduan sempurna: Pemandu sempurna tidak akan terlibat dalam melakukan
               perkara-perkara berikut:

           
               (a)kemalangan
               (b)kesalahan lalulintas
               (c)penyalahgunaan kenderaan
               (d)kelewatan jadual perjalanan
               (e)kehilangan sifat kesopanan


           
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...