i. Pemandu
• Memandu dalam keadaan yang letih; fikiran dan emosi yang tertekan.
• Memandu selepas minum minuman keras atau di bawah pengaruh dadah.
• Tidak bijak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan
yang berubah.
• Tidak menggunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan.
• Memotong di kawasan larangan.
• Jarang kerling cermin pandang belakang.
• Tidak patuh kepada tanda/isyarat jalan raya.
ii. Jalan
• Jalan rosak akibat daripada hujan, panas, minyak yang tumpah dsb
(kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan;memandu laju di permukaan jalan raya
yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar dan brek tidak dapat berfungsidengan
sempurna – 'hydroplanning').
iii. Kenderaan
• Kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik.
iv. Cuaca
• Hujan lebat & kabus tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas;
jalan menjadi licin.
v. Cahaya
• Cahaya berlebihan atau tidak mencukupi.
• Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika
pemandu memandu dengan kelajuan 70 km/j jarak kereta tersebut bergerak ialah
sejauh 140 meter. Oleh itu, sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi
keadaantersebut.
vi. Lalulintas
• Kemalangan biasanya berlaku pada waktu yang sibuk seperti waktu pagi (7am – 8am),
waktu tengahari (12pm – 1pm) danwaktu petang (4pm – 5pm).
• Faktor seperti kawasan berhampiran pusat beli-belah, kawasan kilang, kawasan sekolah,
dsb juga memungkinkan kemalangan berlaku

No comments:
Post a Comment