Friday 15 June 2012

Peraturan

5) PERATURAN

i. Peraturan jarak

(a) Penggunaan peraturan 2 saat – apabila mengekori kenderaan di hadapan dalam
    keadaan biasa/terkawal.

(b) Penggunaan peraturan 4 saat – jarak selamat mengekori kenderaan pada mana-mana
    kelajuan apabila berada dalam keadaan-keadaan berikut :

    (i)  Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat.
    (ii) Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di hadapannya.
    (iii)Semasa menarik 'towing'.
    (iv) Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir.

(c) Penggunaan peraturan 12 saat – membolehkan pemandu memerhati lalu lintas dari
    mana-mana arah di dalam masa sesuaiuntuk menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan;
    jarak selamat yang diperlukan untuk memotong.

(d) Bagaimana peraturan-peraturan itu digunakan:

    (i) Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah lebih kurang sama dengan kelajuan kenderaan yang diekori.
    (ii)Satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan perlu dikenalpasti untik dijadikan panduan seperti
        tiang lampu/telefon,pokok, dsb.(iii)Tidak perlu melihat 'speedometer' untuk menentukan kelajuan.

ii. Peraturan memotong

(a) Diperlukan dalam keadaan-keadaan berikut:

    (i)  Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan.
    (ii) Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.
    (iii)Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

(b) 10 peraturan semasa memotong:

    (i)  Berada di belakang – mengekori dalam jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat.
    (ii) Periksa di hadapan – sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat
         pandangan jauh kehadapan. Setiap kali memotong, sukarang-kurangnya 10 saat diperlukan untuk
         melepasi kenderaan yang dipotong.
    (iii)Periksa di belakang – pastikan tiada kenderaan lain yang cuba memotong pada waktu yang sama.
         Lihat cermin pandangbelakang, cermin tepi, toleh sedikit ke belakang.
    (iv) Memberi isyarat ke kanan – isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang
         sama peraturan 12 saatterus diamalkan.
    (v)  Bergerak ke kanan – pastikan ruang cukup & jarak selamat sebelum bergerak.
    (vi) Melajukan kenderaan – patuhi had laju.
    (vii)Komunikasi – sebaik sahaja kenderaan melintas kawasan 'blindspot'
,        pemandu dinasihatkan supaya membunyikanhon/memberi isyarat dengan menggunakan lampu lintas
        'passing light' sebagai tanda komunikasi sedang memotong.
    (viii)Memberi isyarat ke kiri – isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang
         sama menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.
    (ix) Bergerak ke kiri – pastikan ruang cukup untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong.
         Kenderaan boleh bergerekke kiri sebaik sahaja pemandu dapat melihat hadapan kenderaan yang
         dipotong melalui cermin pandang belakang.
    (x)  Menyambung kelajuan – tentukan berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan
         2 saat bagi kenderaandi belakang dan peraturan 12 saat untuk pandangan ke hadapan.

iii. Peraturan mengelakkan kemalangan daripada hadapan

    (a) Melihat jalan di hadapan – dengan mengamalkan peraturan 12 saat, pemandu bukan sahaja melihat
        di sekeliling dan disepanjang jalan di hadapan, tetapi dalam masa yang sama juga dapat mengenal
        pasti pergerakan dan kedudukan kenderanyang datang daripada arah hadapan.
    (b) Bertindak dengan bergerak ke kiri
    (c) Mengurangkan kelajuan – pemandu juga dinasihatkan supaya membunyikan hon/menyalakan lampu
        sebagai amaran.
    (d) Memandu keluar daripada jalan raya

iv. Peraturan di persimpangan

   (a) Tahu arah – pemandu dilarang menukar haluan secara tiba-tiba apabila sudah sampai di simpang jalan
       kerana amalan ini akanmengganggu aliran lalulintas.
   (b) Perlahankan kenderaan di persimpangan – perlahankan kenderaan walaupun mempunyai'right of way'
   (c) Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat – pastikan berada di lorong betul dan isyarat
       lampu kenderaan disamping mengikut petunjuk arah panah dll.
   (d) Bergerak dengan berhati-hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...